Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan urusan kelahiran anak kelima kami. Bayi yang seberat 2.91 kg telah selamat dilahirkan pada pukul 10 malam 13/12/14 (Sabtu). Walaupun pada mulanya tarikh jangkaan doktor adalah pada 16 Disember 2014 manakala mengikut tarikh imbasan pula adalah pada 6 Disember 2014.
Maka lahirlah seorang putera permata baharu keluarga Cikgu Fadzli & Ustazah Arbaiah. Kekandanya Amirul Fahmi adalah insan yang paling gembira kerana kini dia telah ada teman untuk bermain sesama jantina. Itupun kena tunggu empat atau lima tahun akan dating.
Pada hari ini, 15/12/14 berita yang aku terima daripada laman social bahawa sepupuku Wan Muhd Reduan telah menyambut cahaya matanya yang ketiga. Cuma yang aku kurang pasti adalah jantinanya. Melalui gambar yang dikirimkan aku beranggapan bahawa anaknya adalah seorang lelaki juga. Syukurlah semakin ramai umat Nabi Muhammad S.A.W. Kepada rakan-rakanku sekalian, berusaha untuk menambah rezeki yang melimpah-ruah daripada Yang Maha Mencipta.
No comments:
Post a Comment