Sunday, April 3, 2016

77 BUAH SEKOLAH DI SABAH DITUTUP AKIBAT JEREBU

KOTA KINABALU, 3 April - Sebanyak 77 buah sekolah di tiga daerah di negeri ini diarah tutup esok berikutan jerebu akibat kebakaran hutan yang berlaku sejak beberapa minggu yang lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul berkata, tiga daerah yang terlibat adalah Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.

Menurutnya, daerah Beaufort mencatat jumlah penutupan sekolah paling banyak iaitu 53 buah diikuti Kuala Penyu (14) dan Papar (10).

"Penutupan sekolah ini melibatkan seramai 9,365 pelajar sekolah menengah dan 11,648 murid sekolah rendah."

"Buat masa ini sekolah akan ditutup selama sehari iaitu Isnin namun pemantauan akan dilakukan bagi menentukan tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini di sini."

Maimunah menambah, penutupan sekolah-sekolah ini dibuat hasil tinjauan pihaknya dan mendapati jarak penglihatan di kawasan terlibat amat terhad.

Kata beliau, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar pada semalam di kawasan Membakut berada pada paras 279.

"Sehubungan itu, keputusan dibuat untuk menutup sementara sekolah selama sehari atas faktor kesihatan para pelajar dan murid," katanya.

Utusan Malaysia Online - 4 April 2016

No comments:

Post a Comment