Tuesday, August 30, 2016

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2017

Image result for egtukar
Permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Januari 2017 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) telah dibuka mulai 1 hingga 30 September 2016.

Bagi guru-guru yang berkenaan, boleh mula mendaftar dahulu sebelum mengisi borang secara dalam talian. Setelah permohonan dibuat, Guru Besar akan membuat pengesahan mengikut sekolah masing-masing. Semoga berjaya.

JADUAL UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2016

Image result for jadual upsr 2016 pdf
Image result for jadual upsr 2016 pdf
Image result for jadual upsr 2016 pdf

Friday, August 19, 2016

SOLAT HAJAT KAFA BAITUL HIKMAH 2016


Sekolah KAFA Baitul Hikmat telah mengadakan program motivasi dan solat hajat sempena peperiksaan UPKK, UPSRA dan UPSR. Memandangkan Aisyah Nur Farihin sudah darjah 5, maka dia adalah salah seorang yang terlibat sama dalam program tersebut. Selain itu semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 turut terlibat sama. 


Program tersebut telah diadakan pada 19 Ogos 2016 (Jumaat) dari pukul 2.30 petang hingga 10.30 malam di Masjid Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Program ini bermula dengan teknik menjawab soalan pada sebelah petang manakala pada sebelah malam diadakan solat hajat, bacaan Yassin dan ceramah motivasi. Murid-murid telah diberikan tempat menginap, makanan dan minuman serta alat tulis.

Monday, August 15, 2016

GAYA RETRO PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016 SK BUKIT TAMPOI (A)

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2016

Hari/Tarikh
Masa
Kod Kertas
SELASA
16/8/2016
07:45 – 09:00
09:05 – 10:05
11:30 – 12:45
12:50 – 01:50
Bahasa Melayu (Pemahaman)
Sains (Kertas 1)
Bahasa Inggeris (Pemahaman)
Matematik (Kertas 1)
RABU
17/8/2016
07:45 – 08:45
09:00 – 10:15
10:40 – 11:40
11:45 – 01:00
Matematik (Kertas 2)
Bahasa Inggeris (Penulisan)
Sains (Kertas 2)
Bahasa Melayu (Penulisan)

Thursday, August 11, 2016

KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN 2016


Kempen Kesedaran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan yang dianjurkan oleh Unit Audiologi, Hospotal Putrajaya telah datang berkunjung ke SK Bukit Tampoi (A) pada 11 Ogos 2016 (Khamis). Seramai 18 orang kakitangan hospital telah datang beserta pelbagai peralatan pendengaran dan pertuturan untuk menguji pendengaran dan pertuturan murid-murid di sekolah ini.


Di samping itu, pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik, sukaneka, kuiz, pertandingan mewarna dan ceramah kesihatan. Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dan minuman untuk semua kakitangan dan murid SK Bukit Tampoi (A).


Di akhir program, para pemenang diraikan dengan pemberian hadiah yang turut disedikan oleh pihak hospital. Murid-murid SK Bukit Tampoi (A) sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk pemeriksaan kesihatan tetapi aktiviti sampingannya membuatkan murid leka seketika. Syabas dan tahniah kepada kakitangan Unit Audiologi, Hospital Putrajaya kerana sudi menganjurkan kempen sebegini di sekolah kami.

Friday, August 5, 2016

BAS PINTAR FOUNDATION BERKUNJUNG KE SK BUKIT TAMPOI (A)

Bas Pintar Foundation merupakan bas interaktif untuk pembelajaran murid di sekolah-sekolah di bawah tajaan Pintar Foundation. Di dalam ini mengandungi gajet interaktif untuk pembelajaran berkonsepkan kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). 


Bas ini didatangkan bersama seorang pemandu dan dua orang pemudahcara (fasilitator) untuk memberikan penerangan cara penggunaan gajet interaktif yang disediakan. Mereka adalah En. Khairul dan Cik Mira.


Murid-murid di bawa masuk secara berperingkat iaitu mengikut kelas masing-masing. Mereka diberi masa kurang lebih 30 minit bagi setiap sesi. Pada setiap sesi, murid akan diberikan penerangan tentang gajet interaktif dan fungsi bagi setiap gajet.


Kemudian murid akan dibenarkan untuk menggunakan semua gajet yang tersedia mengikut giliran masing-masing. Di akhir pembelajaran, murid diberikan borang soal selidik tentang kepuasan hati murid terhadap Bas Pintar ini.