Kempen Kesedaran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan yang dianjurkan oleh Unit Audiologi, Hospotal Putrajaya telah datang berkunjung ke SK Bukit Tampoi (A) pada 11 Ogos 2016 (Khamis). Seramai 18 orang kakitangan hospital telah datang beserta pelbagai peralatan pendengaran dan pertuturan untuk menguji pendengaran dan pertuturan murid-murid di sekolah ini.
Di samping itu, pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik, sukaneka, kuiz, pertandingan mewarna dan ceramah kesihatan. Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dan minuman untuk semua kakitangan dan murid SK Bukit Tampoi (A).
Di akhir program, para pemenang diraikan dengan pemberian hadiah yang turut disedikan oleh pihak hospital. Murid-murid SK Bukit Tampoi (A) sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk pemeriksaan kesihatan tetapi aktiviti sampingannya membuatkan murid leka seketika. Syabas dan tahniah kepada kakitangan Unit Audiologi, Hospital Putrajaya kerana sudi menganjurkan kempen sebegini di sekolah kami.
No comments:
Post a Comment