Wednesday, April 5, 2017

BERIADAH DI KARNIVAL SEMARAK HIJAU BBST ZON UTARA

8 April 2017 (Sabtu) - Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah menganjurkan Karnival Semarak Hijau di tapak Pasar Tani, Taman Seroja. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna, tukar minyak hitam motor percuma, aktiviti memanah percuma dan lai-lain.


Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Aku telah mengambil peluang untuk menukar minyak hitam motorku. Manakala anak-anak tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan mewarna. Amirul, Aina dan Ain memang rasa teruja untuk menyertai pertandingan tersebut.


Sementara  menunggu pertandingan mewarna selesai, aku sempat menyertai aktiviti memanah. Walaupun hari hujan renyai-renyai agak ramai peserta yang beratur menunggu giliran masing-masing. Setiap peserta diberi enam batang anak panah. Agak sukar juga aktiviti memanah ini. Banyak sasaranku tidak mengena tetapi akhirnya anak panah terakhirku mengenai sasaran kuning yang terletak di kedudukan kedua tepat.


Selain daripada itu, pihak karnival telah menyelitkan hadiah cabutan bertuah kepada pada hadirin. Alhamdulillah kerana aku dan keluarga telah berjaya mendapat dua hadiah. Terima kasih diucapkan kepada MPS kerana berjaya menganjurkan Karnival Semarak Hijau pada tahun ini dengan jayanya. Karnival tamat pada pukul 1.00 petang. 

No comments:

Post a Comment