Thursday, February 1, 2018

MINI REUNION STTJ 94/95


Masa 23 tahun sudah berlalu. Itu satu tempoh yang agak lama bagi kami bekas pelajar STTJ yang pernah bersekolah pada tahun 1994 - 1995. Idea asal adalah daripada Cikgu Normali untuk menjemput bekas pelajar atau kumpulan alumni untuk memberi sumbangan kepada sekolah. Fokus sumbangan adalah mencantikkan semula kolam ikan.

Maka sekumpulan kecil daripada kumpulan bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Mereka telah memanggil beberapa orang lagi untuk turut sama dalam program gotong-royong mengecat semula, mengindahkan dan menambah baik kolam tersebut. 

Setelah selesai mengecat, kumpulan kecil tadi telah berbincang untuk mengadakan satu majlis penyerahan rasmi oleh bekas pelajar tahun 94/95 kepada pihak sekolah secara rasmi. Oleh itu, satu majlis telah dianjurkan di kantin sekolah pada 31 Januari 2018 (Rabu). 

Memandangkan hari tersebut merupakan cuti umum sempena Hari Thaipusam maka mereka telah menjemput lebih ramai bekas pelajar melalui media sosial. Hasilnya kurang lebih 20 orang ahli dan keluarga masing-masing hadir bagi memeriahkan majlis di samping bertemu rakan-rakan yang sudah sekian lama tidak berjumpa.

Secara tidak langsung menjadikan majlis penyerahan semula kolam ikan kepada majlis Mini Reunion STTJ 94/95. Bagi menampung perjumpaan ini, kami telah bersetuju untuk menyediakan jamuan ala potluck. Jadi masing-masing tidak melepaskan peluang untuk membawa buah tangan. Perjumpaan kali ini begitu meriah walaupun diadakan cuma di kantin sekolah tetapi pasti terpahat di ingatan.

























No comments:

Post a Comment