Wednesday, June 26, 2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012

Hari ini merupakan sejarah dalam hidupku kerana pada hari ini aku, Pn. Norazlinda, Pn. See, Pn. Norhasliza dan Pn. Khuzaimah telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemelang bagi tahun 2012. Kami kecuali Pn. Khuzaimah menaiki kereta Pn. Norazlinda untuk ke majlis tersebut. Pn. Khuzaimah datang dengan suami dan anak-anak dari Kulai, Johor kerana beliau kini telah bertugas di sana. 
 
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang terletak di Bandar Raya Shah Alam. Majlis tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi dengan dimulai dengan ucapan daripada Pegawai PPD Petaling Perdana diikuti oleh ucapan perasmian oleh Ketua Sektor Pengurusan Sumber Manusia . 
 
Tuan Haji A. Rahman bin Haji Ngit (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan) daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPN) telah menggantikan Tuan Haji Mahmud bin Karim (Pengarah Pelajaran Negeri Selangor) yang berada di Saigon, Vietnam. Kemudian, diikuti oleh Tuan Haji Mohamed Ghazali bin Hamzah (Pegawai Pelajaran Daerah PPD Petaling Perdana) bagi menyambung penyampaian anugerah tersebut daripada Ketua Sektor)
Di dalam majlis tersebut aku sempat bertemu dengan beberapa orang jurulatih EMIS seperti Marzuki, Kak Nik dan Radzi yang turut menerima anugerah yang sama. Selain daripada itu, aku juga bertemu dengan Bob selaku Pegawai Pengurus Majlis (Floor Manager) pada hari tersebut. Turut aku temui adalah bekas kakitangan SKS2BK seperti Kak Jamalah, Kak Juliana dan Pn.Nafisah. Tahniah ku ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya merangkul anugerah APC 2012 di sekolah masing-masing. Teruskan usaha dan sumbangan anda kepada sekolah masing-masing agar bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis tersebut tamat kira-kira pukul 12:00 tengah hari.


No comments:

Post a Comment