Sunday, June 16, 2013

KENDURI KAHWIN RAFIAN WARI


Rafian Wari bin Roslan ialah sepupuku dari sebelah bapa. Dia adalah anak sulung daripada Mak Cik Aminah dan Pak Cik Roslan. Pada 15 Jun 2013 (Sabtu), dia telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya. Majlis tersebut telah berlangsung di Taman Bukit Cheras. Malangnya pada hari tersebut aku tidak dapat menghadirkan diri kerana aku menghadiri Karnival Frog di SMK Pusat Bandar Puchong 1 manakala isteriku pula terlibat dengan pertandingan Bola Sepak dan Bola Baling di SK Seri Mega.


Oleh itu, aku dan keluarga hanya dapat hadir pada kenduri kahwin yang diadakan keesokannya. Majlis tersebut diadakan di Dewan Komuniti Bukit Cheras milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Aku dan rombongan pengantin lelaki tiba lebih kurang pukul 12:30 tengah hari. Selepas semua persiapan telah sedia, kami mula berarak ke dewan tersebut. Kami telah disambut oleh rombongan pengantin perempuan di muka pintu dewan. 

Kemudian, kami dijemput masuk oleh wakil pengantin perempuan ke dalam dewan. Dewannya terletak di tingkat bawah dewan tersebut. Setibanya di pintu masuk, aku terlihat suatu kawasan untuk bergambar di sudut kiri pintu. Rupa-rupanya itu adalah sudut bergambar kenangan untuk para tetamu yang hadir. Setelah masuk ke dalam dewan, majlis diteruskan dengan majlis menepung tawar oleh kaum keluarga masing-masing. Aku berpeluang untuk menepung tawar pasangan pengantin tersebut. 



Selesai majlis menepung tawar, kami dijemput untuk menjamu selera bersama pasangan pangantin. Setelah selesai makan, kami pengambil peluang untuk bergambar kenangan di sudut bergambar yang disediakan tadi.  Memang sesuatu yang lain daripada yang lain. Bukan sahaja pengantin, malah tetamu juga dapat bergambar bersama. Tahniah diucapankan kepada Rafian Wari dan pasangan. Semoga jodoh kalian dipanjangkan sehingga ke anak cucu. Amin. 






No comments:

Post a Comment