Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2015 yang terdiri daripada 100 orang murid yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar dalam unit kokurikulum SKPP. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi bimbingan kepada mereka bagaimana memimpin sesebuah organisasi sekaligus menjadi pemimpin contoh buat rakan-rakan yang lain.
Kursus ini telah diadakan pada 28 Mac 2015 (Sabtu) di Balai Perdana SK Puchong Perdana. Seorang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan slot pertama untuk membuka minda peserta berubah menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa. Slot kedua dikendalikan oleh fasilitator daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan aktiviti yang menguji kepimpinan pemimpin.
Pada akhir kursus, para pemimpin dianugerahkan sijil penyertaan serta hadiah sampingan sebagai kenangan. Penyampaian sijil dan hadiah telah disampaikan oleh saya sendiri sebagai GPK Kokurikulum SK Puchong Perdana. Semoga dengan berakhirnya kursus ini dapat melahirkan pemimpin masa hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang.