Sunday, July 26, 2015

BERAYA KE RUMAH BEKAS GURU BESAR SKS2BK

Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd. bekas Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara tempat di mana aku bertugas di antara tahun 2009 hingga 2014. Beliau merupakan guru besar yang ketiga selepas En. Sukimin bin Juki dan Pn. Maimoon bt. Dusa. Sepanjang bertugas di bawah pentadbirannya, beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang baik buka sahaja sebagai guru besar tetapi sebagai seorang ibu.

Majlis Rumah Terbuka Pn. Rabiyah telah diadakan di rumah baharu beliau yang terletak di Tiara Height, Bandar Baru Salak Tinggi. Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam. Ustaz Suhaib adalah orang yang terawal datang berkunjung ke sana. Menurut maklumat yang saya dapat, beliau terus pulang ke kampungnya. Aku dan keluarga datang pada pukul 2 petang.

Sesampainya di sana, aku melihat kelibat Azian bekas Guru Bimbingan dan Kaunseling SKS2BK dan En. Salem juga bekas GPK HEM SKS2BK. Sejurus kemudian, datang Shaharuddin dan keluarga. Beliau adalah bekas kerani SKS2BK. Selepas itu barulah datang rombongan pejabat yang diketuai oleh Pn. Salwanie, Pn. Ayu dan Cik Izah. Mereka ini adalah orang-rang yang berada di dalam gambar di atas.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rayiyah bt. Fakir Mohd. kerana sudi menjemput saya dan keluarga untuk berkunjung ke rumah baharu puan. Memang indah pemandangan di rumah puan. Maklumlah letaknya pun di atas bukit. Saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap semasa bertugas bersama puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
 

No comments:

Post a Comment