Wednesday, July 8, 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM SULTAN SELANGOR 2015


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah bermurah hati untuk mencemar duli merasmikan Majlis Berbuka Puasa 2015. Majlis tersebut telah berlangsung pada 7 Julai 2015 (Selasa) bersamaan 20 Ramadhan 1436H. Masjid Sultan Hisamuddin merupakan tempat di mana majlis ini berlangsung.

Turut hadir adalah Menteri Besar, pembesar-pembesar negeri, ahli-ahli majlis kerajaan negeri, pegawai-pegawai kerajaan negeri, ahli-ahli kariah masjid dan para petugas keselamatan. Majlis dimulakan dengan ketibaan Yang Mulia Tuanku diperkarangan masjid. Sejurus selepas itu, baginda telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan kepada fakir miskin. 

Sebelum berbuka puasa, para hadirin diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Apabila azan maghrib berkumandang, Mufti Selangor telah membacakan doa untuk berbuka yang diikuti dengan santapan ringan Di-Raja dan jamuan orang ramai.

Setelah selesai majlis berbuka puasa, baginda dan rombongan telah menunaikan solat magrib berjemaah yang diimamkan oleh imam Masjid Hisamuddin. Kemudian baginda dan rombongan sekali lagi telah kembali ke meja santapan untuk santapan berat.

Baginda dan rombongan telah berada di masjid berkenaan sehingga selesai solat isyak dan solat sunat tarawih. Ini adalah contoh terbaik sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment