Friday, February 12, 2016

SINGLE SIGN-ON (SSO)


Single Sign-On atau dalu dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah telah mengorak langkah baharu ke arah kelestarian pendidikan di Malaysia. Sistem ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru mengakses data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan hanya sekali log masuk. Sistem ini akan menghubungkan pengguna dengan pelbagai sistem KPM yang sedia ada. Ini memudahkan kerja guru dan sekaligus mengurangkan beban kerja guru. 

Walau bagaimanapun, sistem ini hanya menjurus kepada log masuk ke dalam sistem tunggal sahaja, walhal segala maklumat perlu diisi seperti biasa oleh pengguna. Masih terdapat kelemahan di dalam sistem ini di mana masih terdapat beberapa sistem yang menggunakan data yang sama di dalam sistem yang berbeza. Contohnya, sistem eOperasi menggunakan data yang sama dengan sistem eMIS yang kadang-kala mempunyai maklumat yang tidak seiring di antara satu sama lain.

Justeru itu, harapan saya dan warga pendidik umumnya agar pihak KPM memandang serius pandangan kami agar tugas mendidik anak bangsa untuk membentuk modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan tanpa ada lagi gangguan dalam mengisi data-data yang memeningkan kepala.

Berikut adalah menu yang terdapat di paparan utama Sistem Pengurusan Sekolah : -
  1. Utama
  2. Log Masuk
  3. Muat Turun 
  4. Hubungi Kami
  5. Lupa Kata Laluan
  6. Manual Pengguna
  7. Surat Siaran
  8. Laporan
Manakala di bawah ini adalah menu antara muka (dashboard) di dalam Single Sign-On (SSO) : -
  1. Pengurusan Sekolah
  2. Pengurusan Guru
  3. Pengurusan Murid

No comments:

Post a Comment