Wednesday, February 24, 2016

IKLAN PENGISIAN JAWATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH DG32 HAKIKI TAHUN 2016

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju berhubung pelaksanaan pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dinaikkan pangkat ke gred DG32, DG34, DG38, DG41/DG42 (KUP) dan DG44 (KUP) secara Time-based Khas Untuk Penyandang (KUP) ke jawatan hakiki gred DG32 di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mulai tahun 2010 melalui Surat Kementerian Pelajaran KP.S(NP)BS.0063/1/1Jld.13/(23) bertarikh 2 Julai 2010.

Calon-calon yang layak dan berminat dipelawa mengisi permohonan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut :
  1. Memperoleh LNPT 80% ke atas bagi tiga tahun (2012, 2013 dan 2014);
  2. Calon Gred DG32, DG34, DG38, DG41/DG42 dan DG44 secara Time-based Khas Untuk Penyandang (KUP);
  3. Bagi calon-calon DG41/DG42 dan DG44 (KUP) adalah terdiri daripada pegawai Ex-PPPLD;
  4. Calon-calon masih mempunyai tempoh perkhidmatan 3 tahun sebelum bersara;
  5. Bagi Guru Cemerlang tidak boleh memohon urusan ini kecuali melepaskan opsyen kecemerlangan;
  6. Calon yang dilantik hendaklah bersedia ditempatkan ke mana-mana sekolah yang mempunyai kekosongan jawatan tersebut;
  7. Bagi calon yang telah memohon iklan sebelum ini, jika berminat perlu membuat permohonan semula memandangkan permohonan sebelum ini telah tamat tempoh;
  8. Beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan diisi oleh calon sepertimana Format Permohonan yang disediakan.
Calon-calon yang berminat juga boleh melayari laman sesawang www.moe.gov.my/jpnselangor untuk memuat turun borang Urusan Kenaikan Pangkat DG32 (KUP) ke DG32 Hakiki. Permohonan hendaklah sampai ke Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Perkhidmatan) sebelumatau pada 7 Mac 2016.

Saturday, February 13, 2016

MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMMAD RUZAINI BIN ROSLAN

Muhammad Ruzaini bin Roslan atau panggilan manjanya Amat telah meengadakan majlis sambut menantu di Dewan Serbaguna, Pantai Dalam. Dia merupakan sepupuku di sebelah bapa iaitu anak kepada pasangan Roslan bin Baba dan Aminah bt. Ismail. Tahniah kepada Amat dan pasangan, semoga selamat melayari bahtera perkahwinan bersama dengan isteri yang tercinta.



Friday, February 12, 2016

SINGLE SIGN-ON (SSO)


Single Sign-On atau dalu dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah telah mengorak langkah baharu ke arah kelestarian pendidikan di Malaysia. Sistem ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru mengakses data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan hanya sekali log masuk. Sistem ini akan menghubungkan pengguna dengan pelbagai sistem KPM yang sedia ada. Ini memudahkan kerja guru dan sekaligus mengurangkan beban kerja guru. 

Walau bagaimanapun, sistem ini hanya menjurus kepada log masuk ke dalam sistem tunggal sahaja, walhal segala maklumat perlu diisi seperti biasa oleh pengguna. Masih terdapat kelemahan di dalam sistem ini di mana masih terdapat beberapa sistem yang menggunakan data yang sama di dalam sistem yang berbeza. Contohnya, sistem eOperasi menggunakan data yang sama dengan sistem eMIS yang kadang-kala mempunyai maklumat yang tidak seiring di antara satu sama lain.

Justeru itu, harapan saya dan warga pendidik umumnya agar pihak KPM memandang serius pandangan kami agar tugas mendidik anak bangsa untuk membentuk modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan tanpa ada lagi gangguan dalam mengisi data-data yang memeningkan kepala.

Berikut adalah menu yang terdapat di paparan utama Sistem Pengurusan Sekolah : -
  1. Utama
  2. Log Masuk
  3. Muat Turun 
  4. Hubungi Kami
  5. Lupa Kata Laluan
  6. Manual Pengguna
  7. Surat Siaran
  8. Laporan
Manakala di bawah ini adalah menu antara muka (dashboard) di dalam Single Sign-On (SSO) : -
  1. Pengurusan Sekolah
  2. Pengurusan Guru
  3. Pengurusan Murid