Wednesday, June 7, 2017

CUTI GANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju memberi Cuti Berganti pada 23 Jun 2017 (Jumaat) kepada sekolah-sekolah di dalam Kumpulan B sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 yang dijangka jatuh pada 25 Jun 2017 (Ahad). 

Negeri-negeri di dalam Kumpulan B terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri ini perlu mengganti cuti pada 17 Jun 2017 (Sabtu). 

No comments:

Post a Comment