PERMOHONAN NPQEL AMBILAN 2018

Permohonan NPQEL ambilan tahun 2018 boleh dilakukan melalui sistem dalam talian NPQEL MPPS mulai 11 Julai 2017 sehingga 11 Ogos 2017. Sila klik pautan Permohonan NPQEL Dalam Talian.

Sila semak kelayakan untuk menyertai kursus NPQEL :

  1. Telah disahkan dalam jawatan (bagi PPP DG 29);
  2. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 85% selama 3 tahun terkini;
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib;
  4. Telah mengisytiharkan harta (masih dalam tempoh 5 tahun);
  5. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM);
  6. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
  7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

Comments