Tuesday, May 8, 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah berjaya dijalankan pada 8 Mei 2012 (Selasa). Kursus ini telah diadakan di Bilik Wawasan, SKS2BK. Aku telah diundang sebagai penceramah untuk kursus tersebut. Tajuk yang aku sampaikan ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Terdapat 6 modul kesemuanya. Modul-modul tersebut terdiri daripada Modul Peranan GPB, SSQS,  Abad Ke-21, E-bahan & MBMMBI, EduwebTV dan Literasi Maklumat. Semua bahan telah disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor.

Kursus ini memberi pendedahan kepada semua guru tentang pentingnya menguasai teknologi maklumat. Dengan dunia tanpa sempadan kini, maklumat boleh diperoleh hanya di hujung jari sahaja. Peranan GPB atau Guru Penyelaras Bestari memperincikan tentang tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh GPB. Manakala SSQS atau Smart School Qualification Standard pula menerangkan indikator-indikator yang terdapat di dalamnya untuk mencapai status Sekolah Bestari.

Abad ke-21 pula menceritakan tentang cabaran guru, murid serta pentadbir menjelang alaf baru kini. Dalam MBMMBI, saya telah menerangkan tentang dasar pendidikan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. EduwebTV pula memainkan peranan penting dalam membekalkan bahan pembelajaran secara online untuk kegunaan guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, Literasi Maklumat menerangkan tentang cara bagaimana sesuatu maklumat diperoleh, ditapis dan digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Semoga dengan berakhirnya kursus ini dapat sedikit sebanyak memberi impak kepada guru-guru untuk mengubah paradigma ke arah globalisasi.

No comments:

Post a Comment