Monday, December 14, 2015

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DI KPM YANG BERKELAYAKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menerima pemakluman berkaitan dengan Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Ex-PPPLD yang berkelayakan sehingga 31 Disember Tahun 2015 melalui Ruj. Kami : KPMSP.500-3/12/1JLD.3(59) bertarikh 30 November 2015.

Sehubungan dengan itu, dipohon khususnya Pejabat Pendidikan Daerah memanjangkan pemakluman urusan ini kepada semua sekolah seliaan masing - masing agar memudahkan proses selanjutnya untuk memperakukan calon yang layak oleh Ketua Jabatan.

Bersama - sama ini dikemukakan surat siaran dari KPM berserta lampiran - lampiran yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Untuk makluman tuan urusan ini  adalah perakuan kepada PPP yang mempunyai pengalaman  sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma bagi Pegawai sebagaimana berikut :

    1. PPPS Gred DG41 ke Gred DG44;
    2. PPPS Gred DG44 ke DG48.

Dipohon kepada Ketua Jabatan untuk menyemak maklumat perkhidmatan PPP  melalui Buku Rekod Perkhidmatan serta mengenal pasti  calon - calon yang layak  TBBK 2014 dan 2015 untuk diperakukan tetapi masih belum diperakukan lagi sebelum ini. Sebarang kecuaian memperakukan semula calon yang telah dinaikkan pangkat dan kesilapan maklumat akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan yang membuat perakuan tersebut.

Untuk makluman tuan juga permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar ke PPD masing - masing manakala pegawai di Jabatan mengemukakan ke Unit Naik Pangkat. PPD perlu mengemukakan maklumat calon secara hardcopy dan softcopy sebelum atau pada 28 Disember 2015 ke Unit Naik pangkat.


Calon - calon yang layak juga perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan sama ada di Jabatan, PPD dan Sekolah di bawah seliaan untuk membuat perakuan bagi urusan berkenaan dan semua Ketua Jabatan perlu mengikuti tarikh yang ditetapkan sebagaimana ketetapan yang diberikan agar proses perakuan calon yang layak berjalan dengan lancar.


Untuk makluman Ketua Jabatan juga, bagi PPP yang sedang disiasat/ dalam prosiding tatatertib/telah dikenakan tindakan tatatertib tidak boleh diperakui dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK. Ketua Jabatan hanya boleh memperakukan PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperoleh dan kes selesai.

No comments:

Post a Comment