Saturday, December 12, 2015

SELAMAT PENGANTIN BAHARU USTAZ KAMIL SK SERI MEGA

Selamat pengantin baharu saya ucapkan kepada Ustaz Kamil dan isteri kerana telah diijab kabulkan dengan rasminya. Mereka telah disandingkan pada 12 Disember 2015 di rumah pengantin perempuan di Tanah Rancangan Belia Bukit Canggang, Banting, Selangor. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit sahaja dari rumahku di Sepang. Rupanya kami tinggal berdekatan la yer. 
Beliau merupakan guru agama yang membuat praktikum di SK Seri Mega, Kuala Lumpur. Itu pun setelah aku keluar daripada sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, beliau seorang yang senang didekati dan mudah mesra tetapi pemalu. Aku kenal dengan beliau melalui isteriku yang ketika itu masih bertugas di sekolah yang sama. Beliau terkenal dengan ustaz sambal hitam kerana beliau sering menjual penambah selera tersebut air tangan emaknya yang berada di Pahang. Boleh dikatakan beliau setiap minggu beliau berulang-alik ke Pahang untuk mendapatkan bekalan sambal tersebut di atas permintaan guru-guru sekolah.
Ustaz Kamil dan isteri ditempatkan di Sarawak. Kalau tidak silap pada tahun lepas, seorang di Miri dan seorang di Sarikei. Berkat rezeki berkahwin nanti bolehlah mereka minta ditempatkan semula di tempat yang lebih dekat atau lebih baik pulang semula ke semenanjung. Selamat pengantin baharu dan selamat berbulan madu. Semoga mendapat anak yang soleh atau solehah secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment