Tuesday, January 27, 2015

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEH IJAZAH SESAMA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan PPP Gred DG38, DG34, DG 32 dan DG29 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42 bagi urusan tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengenal pasti PPP yang berkelayakan diploma yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum 31 Disember 2014 serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP). Seterusnya PPP tersebut diperakukan untuk pertimbangan LKPPP di KPM bagi tujuan pemangkuan ke Gred DG42.

PPP yang diperakukan hendaklah memenuhi syarat-syarat pemangkuan ke Gred DG42 seperti berikut :
1. Disahkan dalam perkhidmatan;
2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013;
3. Memiliki ;
  • sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan ata kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atai kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
4. Bebas daripada tindakan tatatertib;
5. Telah mengisytiharkan harta;
6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
7. Bebas daripada senarai peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
8. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2015 (Khamis).

No comments:

Post a Comment