Tuesday, May 9, 2017

PELANTIKAN SEBAGAI PK HAL EHWAL MURID SK BUKIT TAMPOI (A)

En. Mohd. Fadzli sebagai PK HEM di SK Bukit Tampoi (A)

Semalam aku mendapat maklumat daripada PK HEM di mana aku dan dia perlu berada di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang pada pukul 9.00 pagi pada 9 Mei 2017 (Selasa) di Bilik Gemilang Puri. Tujuan perjumpaan adalah untuk menyerahkan surat lantikan pentadbiran oleh Pegawai PPD Sepang. Hatiku mulai gundah-gulana kerana beranggapan aku akan dipindahkan ke sekolah lain.

Penyelia Pengurusan Sekolah

Keesokkan harinya, aku telah pergi ke PPD Sepang seperti yang dijanjikan. Di sana akan berjumpa dengan rakan-rakan penolong kanan pelbagai jawatan yang datang untuk tujuan yang sama. Pada pukul 9.15 pagi majlis yang ringkas telah diadakan bersama kehadiran Timbalan Pegawai PPD dan Penyelia Pengurusan Sekolah. Seramai tiga orang lantikan pentadbir baharu dan lapan orang pertukaran ke jawatan setara.

Timbalan Pegawai PPD Sepang

Kami telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Faizam (Penyelia Pengurusan Sekolah) berkaitan tujuan perjumpaan dan langkah-langkah yang perlu diambil sejurus surat lantikan tersebut diperoleh. Diikuti oleh ucapan ringkas oleh Tuan Haji Mutalib (Timbalan Pegawai PPD Sepang) dan beberapa nasihat sebagai pedoman kepada kami.

Pn. Noor Adida sebagai PK Kokurikulum SK KLIA

Sejurus mendapat surat lantikan tersebut aku mendapati yang aku masih ditempatkan di sekolah yang sama, cuma pertukaran jawatan sahaja. Aku ditukarkan ke jawatan yang setara iaitu dari PK Kokurikulum ke PK Hal Ehwal Murid menggantikan tempat Pn. Noor Adida yang bertukar ke jawatan PK Kokurikulum di SK KLIA. Jawatan PK Kokurikulum SK Bukit Tampoi (A) diisi oleh En. Farid dari SK Taman Putra Perdana 2 yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai PK Petang. 

En. Farid sebagai PK Kokurikulum di SK Bukit Tampoi (A)

Alhamdulillah. Setelah selesai penyerahan surat pelantikan masing-masing telah menuju ke sekolah yang ditempatkan mengikut surat tersebut untuk melapor diri. Tarikh lantikan bagi jawatan kami adalah pada 8 Mei 2017 (Isnin). Aku berjanji kepada diriku agar mendukung jawatan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan sedaya upayaku. Gambar di bawah ialah En. Suzaim sebagai PK Kokurikulum dari SK KLIA ditempatkan secara setara ke PK Petang di SK Cyberjaya.

En. Suzaim sebagai PK Petang di SK Cyberjaya

No comments:

Post a Comment