Program PEMUDAH Challenge : Back To School adalah satu program yang menawarkan penyertaan murid bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan sekolah contohnya bagi aspek seperti kebersihan, kemudahan dan prasarana, kantin, bahan pengajaran/pembelajaran. Program ini dianjurkan oleh PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.
Syarat dan Peraturan Penyertaan :
- Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah Tahun 5 bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
- Tempoh penyertaan mulai 25 September 2014 sehingga 25 Oktober 2014.
- Peserta hanya boleh mengemukakan satu cadangan untuk menambahbaik sekolah mereka.
- Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dan diisi secara atas talian menggunakan borang yang disediakan melalui pautan di bawah yang boleh dicapai dari portal KPM.
- Peserta perlu melengkapkan cadangan mereka seperti contoh berikut : Cadangan saya untuk menambahbaik sekolah saya adalah dengan (Menyediakan tong sampah yang besar di setiap kelas agar sampah tidak melimpah ke lantai apabila penuh).
- Cadangan bernas yang dikemukakan perlulah JELAS, RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI.
- Para pemenang akan menerima baucer buku bernilai RM100.
- Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
Borang Penyertaan boleh diisi atas talian pada pautan di bawah.
No comments:
Post a Comment