Tuesday, September 2, 2014

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN HAKIKI GRED DG32

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju berhubung pelaksanaan pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dinaikkan pangkat ke gred DG32 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) ke jawatan hakiki gred DG32 di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mulai tahun 2010 melalui Surat Kementerian Pelajaran KP.S(NP)BS.0063/1/1Jld.13/(23) bertarikh 2 Julai 2010.

Justeru itu, semua calon yang layak dan berminat dipelawa mengisi permohonan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut : -
  1. Memperoleh LNPT 80 peratus ke atas bagi tiga tahun (2011, 2012 dan 2013)
  2. Calon Gred DG32 (KUP) lantikan 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2011.
  3. Calon yang layak bersedia ditempatkan ke mana-mana sekolah yang mempunyai kekosongan jawatan tersebut.
  4. Beberapa syarat perlu dipatuhi dan diisi oleh calon sepertimana Format Permohonan yang disertakan.
Calon-calon yang berminat juga boleh melayari laman sesawang www.moe.my/jpnselangor untuk memuat turun borang-borang Urusan Kenaikan Pangkat DG32 KUP ke DG32 Hakiki.

Pihak sekolah dipohon untuk mengemukakan borang permohonan yang lengkap bersama senarai semak kepada Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Perkhidmatan) sebelum atau pada 5 September 2014.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah diminta mengemukakan senarai nama calon yang layak ke Unit Naik Pangkat sebelum atai pada 24 September 2014 (Rabu).

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment