Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 merupakan peperiksaan awam yang paling kontroversi pada tahun ini. Setelah berita tentang kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang telah diumumkan oleh Dato' Idris Jusoh (Menteri Pendidikan 2) menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) marah dengan keadaan tersebut.
Justeru itu, beliau mengarahkan agar satu jawatankuasa penyiasat bebas ditubuhkan bagi menyiasat dengan lebih mendalam tentang masalah ini. Masalah ini timbul dengan tersebarnya soalan-soalan yang sama dengan kertas soalan yang sebenar di media-media sosial.
Oleh yang dekimian, KPM telah mengeluarkan arahan supaya kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris diulang semula pada 31 September 2014 (Selasa). Dengan itu, keputusan Bahasa Inggeris yang telah diambil oleh semua murid di Malaysia adalah terbatal. Terdapat juga berita yang mengatakan bahawa Peperiksaan UPSR 2014 telah dibatalkan. Namun berita ini telah dinafikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) di dalam laman sesawangnya.
Sumber : Lembaga Peperiksaan (12/09/2014)
No comments:
Post a Comment