KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di
seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga
jam 4.00 petang hari ini 29 September 2015 mendapati keadaan Jerebu di
negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam.
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu).
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri
Johor hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di
kawasan masingmasing akan penutupan ini dengan kadar segera. Sementara
bagi negeri Melaka, semua sekolah hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September 2015 kerana keadaan jerebu di negeri ini telah bertambah baik.
Sekian dimaklumkan.