Sunday, September 27, 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - TINDAKAN MENANGANI MASALAH JEREBU DI SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari ini 27 September 2015 mendapati beberapa buah negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU yang tidak sihat (IPU 201-300).

Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri dan Bahagian tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.

Terima kasih.

Kementerian Pendidikan Malaysia
27 September 2015

No comments:

Post a Comment