Sunday, September 27, 2015

KERTAS PSRA ESOK DITANGGUH

Kertas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan esok (Isnin) ditangguh ke tarikh lain dan semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup esok.

Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan pada paras Sangat Tidak Sihat hari ini.

Beliau menjelaskan peperiksaan hanya akan bermula pada hari Selasa ini menerusi kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada pukul 2.40 petang dan tarikh baharu bagi kertas pertama peperiksaan itu akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Ahmad Zaki turut meminta semua pentadbir sekolah yang terlibat memaklumkan kepada ibu bapa, calon PSRA dan pihak terlibat berhubung perkara itu secepat mungkin.

Sumber : Sinar Harian Online (27/09/2015)

No comments:

Post a Comment