Wednesday, June 17, 2015

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM PADA BULAN RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Penjawat awam hari ini menerima khabar gembira apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bayaran bantuan khas kewangan sempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 untuk gred 54 ke bawah.

Bagi penjawat awam gred 41 ke bawah pula mereka mendapat khabar gembira berganda apabila Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan iaitu daripada RM180 sebulan kepada RM300 sebulan.

Berhubung kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan, Najib berkata, kadar baharu itu berkuatkuasa pada 1 November ini, melibatkan 1.1 juta kakitangan awam (gred 41 ke bawah).

Najib berkata, tidak terkecuali bantuan khas kewangan sempena Ramadhan dan hari raya itu juga dinikmati oleh lebih 700 000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran RM250.

"Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat pada 25 Jun membabitkan anggaran implikasi kewangan RM1 bilion," katanya.

Beliau mengumumkan dua khabar gembira itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara : Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

No comments:

Post a Comment