Wednesday, June 3, 2015

PROGRAM "THE POWER OF UNITY" 2015

Pada 28 Mei 2015 (Khamis), SK Puchong Perdana telah terpilih untuk menyertai sebuah program "The Power Of Unity" yang dianjurkan oleh Syarikat Epal. Syarikat Epal adalah sebuah syarikat yang terkenal dengan mesin jahit. Banyak sekolah yang dijemput untuk sesi taklimat yang disertai oleh sekolah-sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program "The Power Of Unity" diwujudkan adalah untuk menghasilkan sebuah sofa yang terpanjang di Malaysia menggunakan fabrik daripada seluar jeans terpakai yang dihasilkan oleh gabungan sekolah-sekolah yang terlibat di negeri-negeri yang terlibat. Manakala sofa pula dihasilkan oleh warga penjara.

Jika program ini berjaya, maka nama SK Puchong Perdana akan tertera di dalam buku "Malaysia Book Of Records". Diharapkan agar program ini akan menemui kejayaan.

No comments:

Post a Comment