Monday, June 15, 2015

URUSAN PEMANGKUAN DAN PENEMPATAN SETARA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR (PGB) BAGI JANUARI - DISEMBER 2016 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyiarkan iklan bagi urusan pemangkuan dan penempatan bagi Pengetua dan Guru Besar (PGB) bagi pengisian bulan Januari hingga Disember 2016 yang telah dibuka pada 15 Jun 2015 (Isnin) hingga 5 Julai 2015 (Ahad).

Urusan pemangkuan akan dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem ePangkat manakala urusan penempatan setara akan dilaksanakan secara manual. Urusan pemangkuan adalah terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat umum dan syarat khusus yang ditetapkan mengikut kategori calon.

Surat iklan dan syarat-syarat boleh dimuat turun pada pautan di bawah ini : -

  1. Surat Iklan Pemangkuan dan Penempatan bagi Pengetua dan Guru Besar (PGB).
  2. Syarat-syarat Umum dan Khusus Pengetuan dan Guru Besar (PGB)

No comments:

Post a Comment