Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila melihat keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang. Begitulah yang berlaku kepada aku dan isteri apabila mendapat tahu keputusan Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1) tahun 2015 bagi Aisyah dan Amirul begitu cemerlang.
Keputusan tersebut aku peroleh secara dalam talian melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Anak sulungku, Aisyah Nur Farihin mendapat tempat pertama di dalam kelas UUM. Manakala adiknya Amirul Fahmi mendapat tempat pertama juga di dalam kelas UKM.
Walau bagaimanapun, kedudukan di dalam aliran agak baik bagi Aisyah kerana mendapat tempat ke-16. Amirul pula mendapat keputusan yang memuaskan kerana mendapat tempat ke-74. Jumlah keseluruhan murid bagi setiap aliran adalah 189 orang murid.
Tahniah ayah dan ibu ucapkan kepada anak-anak yang telah menunjukkan kecemerlangan masing-masing dalam akademik. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan atau ditambah baik pada masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment