Thursday, December 31, 2009

SELAMAT DATANG TAHUN 2010

Penjam celik-pejam celik dah masuk 2010. Selamat tinggal 2009 yang penuh dengan pancaroba dan kenangan. Selamat datang 2010. Semoga tahun ini membawa tuah yang melimpah ruah. Selamat Tahun Baru buat semua yang mengikuti laman blog ini.

Pendaftaran Prasekolah Aisyah

Hari ini Aisyah anakku telah bangun awal dariapada biasa. Ini disebabkan oleh kerana dia terlalu teruja untuk pergi ke sekolah barunya. Dia telah didaftarkan oleh isteriku di sekolahnya, iaitu SK Seri Mega, Kuala Lumpur. Semasa pendaftaran dia telah diminta mewarna gambar yang diberikan. Selepas habis mewarna, dia menangis kerana setelah cikgu bertanyakan namanya. Dia telah menjawabnya dengan nada yang kurang jelas bagi cikgunya memahaminya lalu dia menangis keluar kelas kerana cikgu tersebut telah memintanya menulis namanya pada kertas lukisan tersebut. Malangnya dia tak tahu bagaimana untuk mengeja nama. Apa lagi meraunglah dia. Alahai... anakku Aisyah. Lihatlah gambar-gambar dia semasa ari pendaftaran tersebut. Sila klik di sini.

Sunday, December 27, 2009

Tragedi Bas Ekspres

IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.

Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.

Mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang, Selangor; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, serta Mohd. Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya, Sharifah Hasanah, 15, (Sungai Petani, Kedah).

Turut maut, Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jasmi Noordin, 25, Kangar, Perlis; Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar.

Penumpang yang parah dalam kemalangan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah Md. Razip Fadzir, 38, seorang pegawai tentera berpangkat Mejar manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah, cedera ringan.

Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Wan Ishak berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala kedua-dua mereka yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

Sumber daripada Utusan Malaysia Online

Thursday, December 24, 2009

Merry Christmas 2009

Merry X'mas to all Malaysian and a happy new year to all. Have a great holiday with your love wants.

Keputusan PMR 2009 Bertambah Baik

PUTRAJAYA: Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, berbanding 26,378 tahun lalu.

Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Sumber daripada Berita Harian Online (25/12/2009)

GERHANA BULAN KEMBALI LAGI

Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

Sumber dari Utusan Malaysia Online (25/12/2009)

Monday, December 21, 2009

STANDARD GURU MALAYSIA

Dalam usaha meletak sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM), baru-baru ini.


SGM meletakkan guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.


Dengan adanya garis panduan itu, warga pendidik lebih fokus dari segi keupayaan dan keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah.

Sumber - Harian Metro, 21/12/2009

Inginkan kandungan Standard Guru Malaysia (SGM), sila klik di sini.

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Boleh

Setelah 20 tahun berlalu, pada hari ini Malaysia telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Pada malam ini, Malaysia telah berjaya memecahkan kebuntuan selama 20 tahun yang lalu dengan menenangi pingat emas dalam temasya Sukan Sea Ke-25 di Laos dalam perlawanan bolasepak. Kali terakhir Malaysia memenanginya adalah dalam temasya yang sama di Manila, Filipina. Lawan Malaysia pada peringkat akhir ini adalah pasukan Vietnam. Pasukan ini telah 4 tahun berturut-turut memasuki peringkat akhir Sukan Sea. Pasukan Malaysia telah berjaya mengalahkan pasukan Vietnam dengan 1 gol 0. Gol dijaringkan pada 5 minit terakhir daripada 90 minit masa perlawanan. Tahniah, buat pasukan Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!

Wednesday, December 16, 2009

Dugaan Oh Dugaan

Minggu ini adalah minggu yang agak malang sekali buat seluruh keluargaku. Ini adalah disebabkan oleh kesemua ahli keluargaku telah dijangkiti virus selsema dan demam. Apa boleh buat, semuanya adalah kehendak yang Maha Kuasa. Redha ajelah dengan qada' dan qadarNya. Kami berdoa agak diampunkan segala dosa dan disembuhkan segala penyakit yang sedang dialami aku sekeluarga, Amin.

Tuesday, December 8, 2009

Gembiranya orang rumahku!

Hari ini aku telah pergi ke SK Seri Mega. Saje, singgah sebentar selepas exam OUM kat UM. Orang rumahku gembira sangat sebab dapat tahu anak sulung kami, si Aisyah dapat diterima masuk ke prasekolah berkenaan. Oleh sebab terlalu gembira sangat sehingga tak sabar-sabar nak hantar anak ke sekolah sehingga sanggup telefon sekolah untuk bertanyakan yuran dan persiapan lain yang diperlukan untuk anak kami. Kalau nak diikutkan prosedur, surat pemberitahuan akan dihanar oleh pihak sekolah ke alamat ibu bapa terbabit. Semoga semuanya berjalan dengan lancar semasa pendaftaran nanti. Amin.

Sunday, December 6, 2009

Bersiar-siar Di Muzium Negara

Pada hari Sabtu, 5hb. Disember 2009 yang lalu, aku dan keluargaku telah pergi bersiar-siar di Muzium Negara. Disebabkan dah lama tak pergi ke sana banyak benda yang telah berubah. Sebenarnya tujuan asal kami adalah untuk menjenguk zoo mini yang terdapat di sekitar muzium, malangnya satu pun tiada. Aku difahamkan ia telah berpindah ke Putrajaya, Taman Alam Semulajadi katanya. Kat mana, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, semua susun atur dan item yang dipamerkan adalah serba baru. Tahniah kepada pihak pengurusan Muzium Negara kerana daya usaha mereka. Nak lihat lebih banyak gambar kami di sana sila klik di sini.

Friday, December 4, 2009

ANUGERAH SKRIN 2009

DRAMA TV

1. Drama Terbaik
● Tersasar di Jalanmu
2. Pelakon Lelaki Terbaik – Drama
● Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)
3. Pelakon Wanita Terbaik – Drama
● Rosnah Mat Aris (Tersasar di Jalanmu)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Drama
● Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Tak Serupa Tapi Sama)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Drama
● Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)
6. Pengarah Terbaik – Drama
● Erma Fatima (Tersasar di Jalanmu)
7. Lakon TV Terbaik
● Erma Fatima (Tersasar di Jalanmu)
8. Drama Rantaian Terbaik
● Kekasihku Seru (Khabir Bahtia)
9. Drama Komedi Terbaik
● Datin Wan Abe (TV3)
10. Videografi Terbaik
● Tersasar di Jalanmu

FILEM

1. Filem Terbaik
● Wayang
2. Pelakon Lelaki Terbaik – Filem
● Eman Manan (Wayang)
3. Pelakon Wanita Terbaik – Filem
● Liyana Jasmay (Kami the Movie)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Filem
● Zul Huzaimy (Wayang)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem
● Ida Nerina (Susuk)
6. Pengarah Terbaik – Filem
● Dr Hatta Azad Khan (Wayang)
7. Lakon Layar Terbaik
● Fariza Azlina Ishak (Kami the Movie)

PRODUKSI DALAMAN

1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik
● Majalah 3 - Gaza
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik
● AC Di Sini Musim kelima (Astro)
3. Rancangan Hiburan Terbaik
● Kemuncak Sehati Berdansa 2
4. Rancangan Muzikal Terbaik
● Anugerah Juara Lagu 23 (TV3)
5. Rancangan Realiti Terbaik
● Gadis Melayu Terakhir Musim 1 (TV9)
6. Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik
● Buletin Utama - Air Najis

ANUGERAH YASMIN AHMAD (Anugerah Khas Juri) – Jaclyn Victor

Sumber : TV3 (http://www.tv3.com.my/ask09/)

Sunday, November 29, 2009

PROGRAM SCORE-A

Semalam saya telah pergi mendengar taklimat di Syarikat ZRB yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Saya telah ditemani oleh upline saya iaitu En. Zul (King) nama glamor. Banyak kelebihan yang terdapat dalam program ini antaranya,
  1. ePast Yr. Exam,
  2. eTopic & eAssessment,
  3. eProgress & eTrial Exam,
  4. School Results Monitoring,
  5. eReport Card,
  6. Detail Records,
  7. Honours Roll,
  8. Science & Mathematics English Version,
  9. eDictionary and
  10. Eng-BM Cross Referencing.
Kepada ibu bapa, guru-guru mahupun murid-murid yang berminat untuk menyertai program ini silalah hubungi saya di alamat email ini ; arliesyah@yahoo.com. Sila klik ikon di bawah untuk melihat demo.Jika ada sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada saya melalui alamat di atas. Sekian, terima kasih.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA QURBAN

Pada hari ini, 27hb. November 2009 umat Islam di seluruh dunia sedang merayakan hari raya kedua yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha. Perayaan yang memerlukan pengorbanan haiwan ternakan bagi yang mampu. Antara binatang ternakan yang boleh dikorbankan adalah seperti kambing, bebiri, lembu atau unta. Hari raya qurban ini adalah dikhususkan buat mereka yang mengerjakan haji di Baitullah, Mekah. Marilah sama-sama kita doakan agar para jemaah Malaysia mendapat haji mabrur serta selamat kembali ke tanahair kelak. Amin.

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia. Berehatlah semahunya kerana kita telah berpenat lelah sepanjang tahun 2009 ini. Tak lupa kepada guru-guru yang terpilih menjadi pengawas peperiksaan SPM, semoga berkhidmatlah untuk anak bangsa kita. Jasa cikgu-cikgu sekalian amat dihargai semua. Kepada murid-murid semua, semasa cuti sekolah janganlah bermain air bah takut nanti dibawa oleh arus yang deras. selamat bercuti.

Monday, October 19, 2009

Reunion 5P1 2009

Pada 18hb. Oktober 2009 bersamaan 29 Syawal 1430H, aku telah menghadiri majlis reunion 5P1 2009. Ia telah diadakan di rumah Suzana Abdul Majid (Mak Ngah). Alhamdulillah, ramai juga hadir seperti aku, tuan yang empunya rumah, ex-class monitor (Ahmad Fairul), Boroi (Zamri), Amir, Asu(Aftah) dan Rozaimah. Kalau nak tengok gambar kawan-kawan ku sila klik di sini. Terima kasih aku ucapkan kepada Mak Ngah dan keluarga kerana sudi menjadi tuan rumah. Soalan : Siapakah yang sudi menjadi tuan rumah pada tahun hadapan?

Wednesday, October 7, 2009

Pertukaran Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Pada 1hb. Oktober 2009, Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah kehilangan Guru Besar sekolah ini iaitu En. Sukimin Bin Juki. Beliau telah bertukar ke SK Putra Perdana. Semoga beliau bergembira dengan sekolah barunya. Kami di sini mendoakan agar beliau gembira selalu.

Thursday, September 24, 2009

Selamat Lahir Wahai Aina Faqihah

Pada tanggal 22hb. September 2009 (Selasa) pada jam 3.56 petang isteriku telah selamat melahirkan seorang puteri iaitu cahayamata kami yang ketiga. Dia telah dilahirkan pada 3 Syawal 1430H iaitu pada hari raya ketiga. Aku telah namakan puteriku ini sebagai Aina Faqihah Binti Mohd. Fadzli. Aina bermaksud permata yang cantik manakala Faqihah bermaksud bijak atau cerdik. Semoga dia membesar sebagai seorang anak yang solehah dan bertaqwa kepada Allah serta taat kepada kedua ibu bapanya kelak. Amin. Sila layari Album untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Friday, September 18, 2009

Majlis Berbuka Puasa SK Seri Mega 2009

Pada hari Rabu (16hb. September 2009) yang lalu, keluargaku telah dijemput oleh pihak pentadbiran SK Seri Mega untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa SK Seri Mega. Majlis tersebut telah diadakan di kantin sekolah tersebut. Majlis tersebut telah dihadiri oleh warga kerja SK Seri Mega yang beragama Islam. Terima kasih aku ucapkan kepada SK Seri Mega kerana berusaha menjemput aku untuk menghadirinya. Nak lihat gambar selebihnya, sila layari Album

Wednesday, September 16, 2009

Cuti Khas Institusi Pendidikan Malaysia

Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.

YAB Menteri Pelajaran MalaysiaPutrajaya, 16 September 2009

Dipetik daripada Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday, September 15, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 6

Malam 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam 29
Allah SWT akan mengurnikan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam yang terakhir dengan firman-Nya ; Wahai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabilah serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kautsar.

Dipetik daripada MBSA

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA 1430H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 11, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 5

Malam 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Dipetik daripada MBSA

Saturday, September 5, 2009

Pendaftaran OUM

Pada hari ini, 5hb. September 2009 (Sabtu) pagi-pagi lagi aku telah bersiap sedia untuk ke Kampus Universiti Terbuka Malaysia yang terletak di Jalan Tun Ismail yang berhampiran dengan Hentian Putra, Kuala Lumpur.

Pada pagi itu aku telah bertemu kembali dengan beberapa orang teman sekuliahku yang mengikuti Kursus KDP 14 Minggu di IPBA pada Februari hingga Jun 2009.

Sebelum pendaftaran bermula kami telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan OUM tentang perjalanan cara pembelajaran secara jarak jauh ini.

Selepas taklimat kami telah dibenarkan untuk membuat pendaftaran di bahagian luar dewan.

Buat teman-temanku sekalian, TAHNIAH KERANA TELAH BERGELAR MAHASISWA OUM 2009.

Fadhilat Solat Tarawih 4

Malam 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah SWT menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Malaikat menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah reda denganmu atau dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia).

Malam 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Dipetik daripada MBSA

Wednesday, September 2, 2009

Permohonan eG-Tukar 2009

Pada 1hb. September 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling permohonan pertukaran guru secara online. Permohonan ini dibuka dari 1hb. September 2009 hingga 30hb. September 2009. Kepada mana-mana guru di Malaysia yang ingin memohon pertukaran tersebut anda boleh melayari laman web KPM di http://www.moe.gov.my/ atau http://apps.emoe.gov.my/epgo/. Untuk makluman semua, permohonan ini adalah untuk pertukaran guru antara negeri sahaja. Bagi pertukaran dalam daerah atau antara daerah sila hubungi JPN atau PPD masing-masing. Sekian, harap maklum.

Sumber dari Kementerian Pelajaran Malayisa (KPM)

Fadhilat Solat Tarawih 3

Malam 11
Meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam 12
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam 13
Akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Dipetik daripada MBSA

Monday, August 24, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 2

Malam 6
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap satu batu dan tanah berdoa untuk keampunan oarang-orang yang mengerjakan tarawih pada malam itu.

Malam 7
Seolah-olah mereka dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S. serta menolong baginda menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

Malam 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam 9
Allah SWT mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepada mereka kebaikan dunia dan akhirat.

Dipetik daripada MBSA

Friday, August 21, 2009

Fadhilat Solat Tarawih

Malam 1
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

Malam 3
Para malaikat di bawah Arasy' menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Dipetik daripada MBSA

Thursday, August 20, 2009

Pengisytiharan Puasa 2009

Pada malam ini, Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa pada tahun 2009 ini adalah pada 22hb. Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu. Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenali saya.

Tuesday, August 18, 2009

Bisnes Bulan Puasa

Sempena bulan puasa yang akan datang ini, aku telah menjalankan bisnes menjual serunding. Stok serunding ini saya dapat daripada makcik saya yang berada di negeri Kelantan. Di negeri Che Siti Wan Kembang ini terdapat beberapa kawasan yang popular dengan serunding iaitu Kampung Laut dan Pasir Mas. Makcik saya yang tinggal di Kampung Laut telah hampir 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan serunding ini.

Berikut adalah jenis serunding yang makcik saya sediakan antaranya ialah serunding daging dan serunding ikan.Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi dealer sila hubungi telefon saya (017-8880954)
Serunding Daging

1 kilogram = RM 60.00

1/2 kilogram = RM 30.00

200 gram = RM 12.00



Serunding Daging

1 kilogram = RM 60.00

1/2 kilogram = RM 30.00

200 gram = RM 12.00

Cuti Sekolah Awal SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Pada 17hb. Ogos 2008, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah diisytiharkan tutup selama seminggu mulai hari sehingga 24hb. Ogos 2009. Ini disebabkan oleh penularan wabak Selsema Babi H1N1 yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, August 11, 2009

Kursus Penolong Penyelaras Makmal Komputer Fasa 6

Bagi membantu Penyelaras Makmal Komputer SK Seksyen 2 Bandar Kinrara iaitu Makmal Komputer Fasa 6, aku telah diminta untuk menghadiri kursus Penolong Penyelaras Makmal Komputer di SK Seksyen 13, Shah Alam yang bersebelahan dengan Stadium Melawati. Fasilitator yang mengajar aku adalah terdiri daripada En. Farihin Fong Sho Ghi dan En. Mohd Rafiq dari Mega Computer Solutions.

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Hari Lahir Ke-28

Selamat Hari Lahir ke-28 buat adikku Mohd. Farid. Walaupun sambutannya agak awal beberapa hari. Ini adalah disebabkan oleh masa yang tidak sesuai. Kebanyakan adik-beradikku hadir kecuali Afiqah yang sedang mengikuti pengajiannya di UiTM Cawangan Machang, Kelantan. Bagi kakak kepada Farid, dia menggabungkan hari lahir kedua-dua anaknya iaitu Muhammad Haziq dan Muhammad Azim di mana hari lahir mereka adalah pada bulang yang sama dengan pakcik mereka ini.

SELAMAT HARI LAHIR ADIK DAN ANAK-ANAK SAUDARAKU

Wednesday, July 8, 2009

Sakit Tekak

Semalam aku telah pergi ke sebuah klinik kerajaan di sekitar Lembah Pantai. Sudah agak lama aku tidak pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan. Kali ini aku pergi ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan tekak.

Pada pagi semalam (7/7/09) selepas aku bangun dari tidur, aku dapati suaraku tidak dapat keluar seperti biasa. Sehari dua ini memang aku dapat rasakan tekakku agak kering dari biasa. Jadi aku telah beritahu pihak sekolah tempat aku bekerja untuk meminta kebenaran untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Selepas diperiksa, kerongkong dalam mulutku telah membengkak. Selepas doktor menulis perskripsi ubat yang aku perlukan, beliau telah meminta aku untuk berjumpa dengan ketua doktor untuk mendapatkan kebenaran cuti sakit. Beliau telah memberikan sehari untuk cuti sakit. Cuti yang telah diberikan oleh doktor tersebut aku gunakan untuk berehat secukupnya.

Kepada anda semua, aku harapkan agar jagalah kesihatan diri. Maklumlah cuaca sekarang yang agak berjerebu, kering dan panas mungkin membawa penyakit yang tidak pernah kita undang. Jadi berwaspadalah.

Tuesday, June 30, 2009

Tindakan Tatatertib

Pada sebelah tengaharinya pula aku dan beberapa orang rakan setugas yang lain telah dipanggil oleh GPK Kurikulum & Tadbiran berkaitan surat tunjuk sebab yang telah aku hantar tempoh hari. Ia berkenaan ketidakhadiranku pada 3 hari semasa cuti sekolah yang lalu. Pada hari berkenaan aku sepatutnya ke sekolah untuk mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

Sehari sebelumnya aku telah terlebih dahulu bertolak untuk mengikuti pakej perlancongan keluarga yang diadakan di Pulau Kapas. Jadi adalah mustahil aku dapat menghadiri kursus tersebut. Pakej ini telah kami rancang 2 bulan lebih awal. Lagipun wang deposit pun sudah aku bayar. Takkan setiap perancangan untuk bersama keluarga juga perlu diberitahu kepada pihak sekolah. Logik tak?

Pencerapan P&P

Pencerapan adalah salah satu cara penilaian. Dan pada hari aku telah dicerap oleh GPK Kurikulum & Tadbiran, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Masa pencerapan adalah pada jam 7.40 pagi sehingga 8.40 pagi. Mata pelajaran yang dicerap pula adalah Matematik Tahun 5 Kuprum.

Aku mengajar seperti biasa yang aku lakukan. Cuma ada sedikit penambahan dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kebanyakan masa pengajaran, aku menggunakan Bahasa Inggeris, malangnya seperti yang aku jangkakan ada segelintir muridku yang langsung tidak memahami penerangan yang aku berikan.

Saturday, June 27, 2009

Majlis Perpisahan

Sempena cuti berganti bagi kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah berbesar hati untuk menjemput bekas guru-guru SK Seri Mega 2008 yang telah berpindah ke sekolah baru pada awal 2009 yang lepas ke Majlis Perpisahan Bekas Guru-Guru SK Seri Mega 2008.

Walaupun begitu, hanya Cikgu Tham Lai Wun sahaja yang dapat menghadirkan diri. Guru-guru jemputan yang lain tidak dapat mengadirkan diri kerana terlibat dengan tugas-tugas lain yang perlu diselesaikan di tempat kerja masing-masing dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengadakan dan menjemput kami bekas guru-guru SK Seri Mega 2008 untuk majlis tersebut. Diharapkan agar guru-guru SK Seri Mega akan terus meningkatkan prestasi murid-muridnya agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hari Terbuka

Pada hari ini Sabtu (27hb. Jun 2009) - Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan sekolah ganti. Ia merupakan rentetan daripada cuti berganti yang akan diambil sempena Hari Raya Aidilfitri 2009. Berikutan itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk menjadikan hari ini sebagai Hari Terbuka sekolah. Ini bermakna ibu bapa murid boleh mendapatkan buku rekod murid. Ibu bapa akan secara langsung bertemu dengan guru-guru kelas dan guru mata pelajaran bagi mengetahui prestasi terkini anak-anak mereka.

Selain daripada Hari Terbuka, pihak sekolah juga telah membuat kutipan yuran lain persekolahan yang berjumlah RM 29.00 setiap murid. Ini adalah jumlah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dipilih oleh pihak sekolah melalui pakej-pakej yang telah ditetapkan. Bersama-sama dengan ini, Persatuan Ibu, Bapa Dan Guru, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah bersetuju untuk guru-guru kelas mengutip yuran PIBG yang berjumlah RM50.00 bagi setiap keluarga. Ini adalah jumlah yang telah dipersetujui oleh ibu bapa pada Mesyuarat Agong PIBG 2009.

Sunday, June 7, 2009

Percutian Ke Pulau Kapas


Pada 29hb. Mei 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah menganjurkan percutian ke Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Percutian ini adalah untuk guru-guru SK Seri Mega sahaja. Oleh kerana isteriku adalah salah seorang daripada warga SK Seri Mega, secara tak langsung aku juga dialu-alukan. Percutian pada kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Kami berkumpul dan bertolak dari Tol Gombak pada petang Jumaat. Dengan menggunakan 12 buah kereta, kami telah berkonvoi beramai-ramai ke destinasi kami. Rombongan ini diketuai oleh Cikgu Azman merangkap Pengerusi Kelab Guru SK Seri Mega. Kami tiba di Kuala Terengganu pada pagi Sabtu jam 3.30 pagi. Setibanya di sana, hujan gerimis telah menyambut ketibaan kami. Kami telah berhenti seketika di rumah keluarga Cikgu Azman dan di rumah adiknya, Azizi.


Lebih kurang jam 8.00 pagi, kami mula bertolak ke jeti Marang. Dari sana kami telah menaiki sebuah feri ke Pulau Kapas. Perjalanan menaiki feri tersebut adalah selama 15 minit. Pemandangan yang pertama yang memukau mataku adalah airnya yang jernih dan pantainya yang putih bersih. Aku cukup kagum dengan pemandangan yang sedemikian rupa. Kami ditempatkan di chalet Coral Resort dan Makcik Gemuk Resort. Chaletnya agak sederhana, berpatutan dengan harganya.


Aktiviti yang pertama dalam jadual kami adalah mandi laut. Memang itulah yang kami semua nanti-nantikan. Pantainya yang landai dengan airnya yang jenih membuatkan kami lupa untuk ke darat semula. Pada sebelah petangnya, rombongan kami telah dibawa untuk aktiviti snorkling di perairan berdekatan. Pemandangan dasar lautnya sungguh memukau. Dengan memakai google dan jaket keselamatan aku telah berjaya meneroka dasar laut yang indah itu, walaupun aku tidak pandai berenang. Aku dapat melihat dengan jelas batu karang yang tumbuh meliar serta mentimun laut atau lebih dikenali dengan gamat. Sungguh banyak terdapat di sana.



Selepas aktiviti snorkling, kami sambung pula dengan aktiviti mandi pantai beramai-ramai. Bagi kaum bapa pula, kami telah mengadakan permainan bola tampar di antara kami. Kami merasa sungguh puas walaupun ianya memenatkan. Di Pulau Kapas ini, aktiviti yang cukup terkenal di sini adalah aktiviti mencandat sotong. Kebanyakan cikgu-cikgu lelaki telah menyertainya juga seorang guru perempuan, Cikgu Aznizah. Pengalaman yang menggembirakan semasa mencandat sotong adalah pengalaman menarik sotong ke atas bot tetapi ada juga pengalaman yang menyakitkan hatiku. Semasa mencandat, akulah orang pertama yang muntah. Dua kali pula tu. Rakan-rakan yang lain cuma pening-pening kepala sahaja. Walau bagaimanapun, pemergian kami tidak sia-sia kerana kami memperoleh kurang lebih 40 ekor sotong. Kami tiba di jeti pada jam 12.00 tengah malam.

Pada hari berikutnya, kami telah menyambung aktiviti kami dengan mandi-manda di pantai, diikuti dengan aktiviti snorkling buat kali yang kedua. Aktiviti yang menarik pada hari tersebut adalah aktiviti menyiang hasil tangkapan kami. Anak-anak kami pula menghabiskan masanya dengan membuat binaan pasir. Yang excitednya bukan anak-anak tetapi bapa-bapa mereka termasuklah aku. Di sebelah malamnya pula, kami telah memanggang hasil tangkapan kami bersama-sama dengan hasil laut yang telah kami tempah sebelumnya. Kami mengakhiri aktiviti kami pada malam itu dengan aktiviti memancing dikalangan cikgu-cikgu lelaki. Aku difahamkan mereka mendapat 2 ekor ikan genahak yang agak besar. Tahniah kepada Cikgu Abdul Rahman dan Cikgu Nazri. Pada keesokannya kami telah bersiap-siap untuk pulang ke tanah besar semula. Maka tamatlah sudah pengembaraan kami ke Pulau Kapas, Kuala Terengganu.

Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru SK Seri Mega 2009

Pada hari ini, aku difahamkan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan telah mengadakan sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing. Tidak terkecuali juga sekolah isteri aku. Banyak juga acara yang menarik yang dapat aku saksikan. Antaranya seperti aktiviti musang berjanggut, futsal menggunakan bola rugbi, bola jaring, mengupas kulit epal terpanjang dan aktiviti memecahkan belon lawan dengan kaki. Akhir sekali ada acara cabutan bertuah buat guru-guru SK Seri Mega. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru SK Seri Mega.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA.

Oral Examination For OUM 2009

Isnin, 18hb. Mei 2009 - Pada hari ini aku telah menduduki oral test bagi Kursus KDP 14 Minggu Pra Sarjana Muda. Aku mengambilnya di IPBA. Waktu ujian dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi bagi sesi satu. Sesi kedua adalah pada jam 10.30 hingga 12.00 tengahari. Aku adalah kumpulan yang kedua daripada lapan kumpulan dalam sesi yang pertama.

Soalannya adalah mengenai perbincangan tentang bagaimana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti seperti membaca surat khabar, menonton movies, karaoke dan games. Ada empat orang dalam satu kumpulan. Kumpulan aku agak okay sebab semua ahli mengambil peluang dan peranan yang aktif dalam perbincangan tersebut. Harap-harap dapatlah aku skor lebih sikit. Amin.

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru 2009


SELAMAT HARI GURU 2009

Pada tanggal 16hb. Mei 2009 (Sabtu) setiap warga pendidik di seluruh negara Malaysia merasa berbangga kerana telah diraikan oleh semua rakyat Malaysia. Pada kali ini sambutan Hari Guru di peringkat kebangsaan telah diadakan di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tema sambutan Hari Guru 2009 adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Ia amat bersesuai dengan tanggungjawab guru bukan sahaja mengajar anak bangsa, mereka juga turut membina bangsa Malaysia yang gemilang dan terbilang.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari Tadika Kemas Kg. Pasir Dalam, Sekolah Kebangsaan Petangling 2, Sekolah Menengah Petaling, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar (Ampangan), Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM - Lembah Pantai). Juga tidak lupa kepada guru-guru di Sekolah Agama Rakyat Kg. Pasir Dalam dan guru mengaji (Pok Nik) yang telah mengajarku mengaji Al-Quran sehingga qatam. Terima kasih semua. Jasamu akan aku bawa sehingga aku bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Saya doakan agar seluruh kehidupanmu dan keluargamu sejahtera hingga ke akhir hayat. Amin.

Wednesday, April 29, 2009

HARI PEKERJA 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA PADA 1HB. MEI 2009. Semoga kita cemerlang dalam pekerjaan kita.

Check-up

Semalam aku telah membawa keluargaku ke klinik swasta. Tujuan aku ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan kandungan anakku yang ketiga. Di samping itu, anakku yang bongsu, Amirul Fahmi akan mendapatkan suntikan yang terakhir, suntikan 5 serangkai.

Dalam perancangan, aku ingat nak tengok bayi dalam kandungan isteri kesayanganku. Malangnya doktor menasihatkan kami agar melakukan scanning pada bulan depan sebab kandungan isteriku baru menjangkau 4 bulan. Walaupun kecewa, kami tetap bersyukur kerana kandungan isteriku berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah.

Anakku, semasa mendapat suntikan tersebut dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Selepas pulang ke rumah barulah dia menangis sebab bekas suntikan tersebut. Sehingga malam menjelang, dia sentiasa menangis. Dia akan berhenti apabila didukung atau diusap belakang atau punggungnya. Kesian, anakku Amirul.

Selsema

Kesihatan adalah penting bagi setiap makhluk yang hidup. Dengan tersebarnya virus selsema babi di seluruh dunia kini aku berasa risau. Walaupun hari ini aku menghidap selsema biasa. Ia telah menjadi kebimbangan besar bagi diriku.

Aku juga telah mendapat maklumat, anak kepada rakan sekuliahku, Pn, Raba'ah akan menjalani pembedahan kaki. Kaki anaknya agak teruk selepas terlibat dengan kemalangan di kuarters tempat tinggalnya. Semoga pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar dan berjaya hendaknya.

Di sini aku ingin nasihatkan kepada semua, jagalah kesihatan diri dan keluarga anda. Semoga mereka yanng anda sayangi dilindungi Tuhan. Amin.

Thursday, April 16, 2009

Mid-term Exam

Lega rasanya dah selesai menjalani peperiksaan pertengahan semester ni. Susah juga jadi pelajar tua nie. Aku tengok kawan-kawan aku betul-betul stragle untuk exam ni. Tu baru mid term tu. Belum lagi final exam. Aku mohon kepada Ilahi agar dimurahkan rezekiku untuk mendapat kecemerlangan dalam studyku. Amin.

Friday, April 10, 2009

PIKOM PC FAIR

Sebagai seorang yang menggemari teknologi, komputer adalah peralatan yang sinonim dengannya. Dengan adanya PC Fair yang sedang berlangsung di KLCC dari 10/4/2009 hingga 12/4/2009. Aku bercadang untuk pergi ke sana untuk mendapatkan keperluan peribadiku iaitu external floppy drive. Yang lama telah rosak kerana salah satu komponennya telah tertanggal. Itulah sebabnya aku perlu menggantikannya dengan yang baru. Kita jumpa di sana!!!

Menteri Pelajaran Baru

Pada 9/4/2009 (Khamis) Perdana Menteri Malaysia Ke-6, iaitu Dato' Seri Najib telah mengumumkan barisan kabinetnya yang baru. Sukacita dimaklumkan bahawa sebagai warga pendidik saya berasa bertuah kerana mendapat Menteri Pelajaran yang baru. Beliau ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Diharapkan beliau akan membawa halatuju yang lebih gemilang buat institusi pendidikan Malaysia.

Sekolah Ganti

Sabtu (11/04/2009) - Walaupun esok adalah hari cuti tetapi malangnya kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia akan menggantikan hari tersebut dengan hari persekolahan biasa. Ini disebabkan oleh cuti berganti yang telah diambil oleh kebanyakan sekolah. Begitulah kerja dalam bidang pendidikan ini. Sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk membangunkan modal insan yang berkualiti. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia.

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah

Tahniah kepada semua parti yang telah memenangi pilihanraya kecil di ketiga-tiga kawasan yang dipertandingkan. Diharapkan agar semua Yang Berhormat (YB) yang telah dilantik akan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Selamat menjalankan tugas.

Monday, April 6, 2009

Selamat Mengundi

Horreey!!!! Hari mengundi telah tiba. Kawasan yang terlibat dalam pilihanraya kecil pada kali ini adalah di Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, dan DUN Batang Ai, Sarawak. Di sini saya ingin mengucapkan selamat membuang undi masing-masing. Keluarlah mengundi. Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Undilah dengan sewajarnya.

Sunday, April 5, 2009

Hari Lahir Aisyah

Tanggal 5hb. April 2009, genap usia anak sulungku 4 tahun. Kami telah menyambutnya di rumah datuk dan neneknya di Puchong. Kebetulan pula mereka mengadakan kenduri arwah buat ahli keluarga yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. Kepada anakandaku yang disayangi. Selamat Ulang Tahun semoga anakanda dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Semoga dengan usia yang panjang dapatlah kiranya anakanda berbakti kepada nusa, bangsa dan agama.

Friday, April 3, 2009

Perdana Menteri Ke-6


Tahniah kepada Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak kerana dengan rasminya telah dilantik selaku Perdana Menteri Ke-6 pagi tadi di Istana Negara. Beliau menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Ke-5. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih terkenal di bawah pimpinan beliau.

Thursday, April 2, 2009

Pendaftaran SMP

Kepada rakan-rakan yang sedang mengikuti Kursus KDP 14 Minggu OUM Ambilan Februari 2009, sila daftarkan diri anda di OUM secara online. Sila klik http://onlineapps2.oum.edu.my/smp/kdpapply.jsp Pemohonan ini akan dibuka sehingga 30 April 2009. Sila bertindak dengan segera.

eGTukar

Kepada semua guru-guru di Malaysia, KPM telah mengeluarkan pekeliling aplikasi pertukaran secara online kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Adalah difahamkan bahawa aplikasi ini juga termasuk pertukaran dalam negeri. Mungkin terdapat kecelaruan maklumat kepada guru-guru yang baru berpindah. Maklumat yang ada dalam data KPM kini adalah data tahun lepas. Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi Unit Sekolah Rendah di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Untuk permohonan online sila klik http://apps.emoe.gov.my/epgo/ Permohonan dibuka dari 1 April 2009 hingga 30 April 2009. Selamat berjaya.

Monday, March 23, 2009

KDP OUM Keluar Lagi

Makluman kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia, mulai hari ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan untuk kemasukan KDP Pra-Sarjana Muda Pengajaran Ambilan Jun 2009. Mod pembelajaran adalah sepenuh masa selama 14 minggu. Ia akan bermula selepas cuti pertengahan tahun iaitu pada bulan Jun nanti. Kepada guru-guru yang berminat sila layari laman web ini http://apps.emoe.gov.my/kdp/mohon/ untuk mengisi borang permohonan tersebut.

Saturday, March 21, 2009

Dapat kerja di Kuala Terengganu

haa.. Jangan terkejut. Bukannya aku yang dapat kerja tapi adik aku la. Dia dapat kerja di Lembaga dan Urusan Tabung Haji Cawangan Kuala Terengganu. Lapor diri pada 1hb. April 2009 tapi minta tempoh sehingga 1hb. Mei 2009 untuk meletakkan jawatan di tempat kerja lama. Kena bagi notis berhenti kerja selama sebulan baru boleh lepas. Mesti seronokkan dapat tinggal di tepi pantai. Nanti bolehlah aku lepak-lepak kat rumah dia. Hehehehe.....

Thursday, March 19, 2009